Dec 29, 2013

Health + Beauty + Money


Assalamualaikum my dear reader.
Pernah dengar Double Stemcell ? Supplement that is popular now? Never?
oooh..  now let's hear the story

Memperkenalkan Produk Makanan Penjagaan Kesihatan Dan Awet Muda Pilihan Masa Kini. Bagi Anda Ygang 
Pentingkan Kesihatan Diri, Kecantikan Kulit Dan Wajah Serta Awet Muda, Maka Produk Beasaskan Teknologi Stemcell Terlaris Keluaran Phyto Science Sdn Bhd iaitu "PhytoCell Double Stem Cell". Merupakan Produk Makanan Kesihatan Masakini Dan Sesuatu Yang Amat Anda Perlukan Untuk Hidup Yang Lebih Sihat Dan Tampil Menawan Sepanjang Masa!

Produk Anti-Penuaan Dan Kesihatan Diri Berasaskan Teknologi Stem Cell Terkini. Gabungan Apple Stem Cell Dan Grape Stem Cell Serta Diperkayakan Lagi Oleh Khasiat Acaiberry Dan Juga Blueberry Untuk Khasiat Dan Kesan Yang Berganda...!



Testimoni Pengguna:





Khasiat dan Kebaikan Double stemcell :


Telah Terbukti Setakat Ini Bahawa Produk Kesihatan Berasaskan Teknologi Apple Stem Cell Dari Switzerland Ini Banyak Membantu Ramai Pengguna Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta Membantu Merawat Penyakit. Tetapi Dengan Bantuan R&D Serta Penyelidikan Berterusan Oleh Mibelle Biochemistry, Switzerland Telah Menghasilkan Satu Lagi Penemuan Terbaru Iaitu Grape Stem Cell Berasaskan Teknologi PhytoCellTec Solar Vitis. Ianya Berupaya Memberikan Perlindungan UV Serta Kaya Dengan Kolagen Untuk Membantu Mengekalkan Kesihatan Kulit Dari Luar Dan Dalam
Manakala Ramuan Ekstrak Acaiberry Dan Blueberry Yang Tinggi Tahap Antioksidan Pula Berupaya Menyingkirkan Radikal Bebas Serta Kaya Dengan Khasiat Vitamin Untuk Kesihatan Tubuh Badan.
Secara Ringkasnya Produk PhytoCell Double Stem Cell Adalah Dirumus Khusus Untuk Anda Yang Amat Mementingkan Penjagaan Kecantikan Dan Kesihatan Diri. Double Stem Cell Berupaya Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta Merawat Penyakit Disamping Mengekalkan Keremajaan Kulit Dengan Melambatkan Penuaan.
Amat Sesuai Dan Disyorkan kepada Anda Yang Mahu Sentiasa Kelihatan Cantik, Awet Muda, Nampak Sihat Dan Bertenaga Selalu.
Kini Dengan Harga Yang Lebih Murah Semua Orang Mampu Memiliki Tubuh Yang Sihat, Cantik Menawan Serta Meningkatkan Tahap Keyakinan Dan Penampilan Diri!. Anda PATUT MENCUBA SENDIRI KHASIAT DAN KESAN PhytoCell Double Stem Cell YANG KETARA...!


Picture
DOUBLE stemcell

PhytoCellTec Malus Domestica (Apple Stem Cell)
PhytoCellTec Solar Vitis (Grape Stem Cell)

Triple Stemcell
PhytoCellTec Malus Domestica (Apple Stem Cell)
PhytoCellTec Solar Vitis (Grape Stem Cell)
PhytoCellTec Argan (Morocco Argan Fruit)

Patent Number:
US2008/0299092 A1 |  EP 1985280 A2

Picture

Picture

The Products:

Triple Spray

Picture




Spray ajaib untuk rawatan dan kecantikan luaran. Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan remaja. Rahsia untuk sentiasa kelihatan awet muda...








Apple and Grape Stemcell

Picture
  Makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran. Produk berkhasiat dan lazat yang kini menjadi sebutan dan fenomena luarbiasa kerana khasiat serta kesannya yang ketara!

1001 KHASIAT DAN TESTIMONI. UMPAMA GULA-GULA KESIHATAN DAN KECERIAAN KELUARGA...



Triple Shine Cream

Picture
  


Krim perlindungan dan pencerahan yang pasti menaikkan keayuan seri wajah. Idaman setiap wanita untuk penampilan yang lebih yakin dan menawan...








So apa tunggu lagi? Contact or Whatsapp : 012-2808434

Kepada siapa yang berminat nak join biz kaaching:

Biz PhytoScience RICHM5
Biz ini merupakan biz MLM yang menggunakan konsep BINARY.. Phytoscience telah mendapat kelulusan AJL dan Skim anti Piramid. Keistimewaannya kerana BONUS kita dibayar SETIAP HARI dalam USD..
Pakej yang ditawarkan, ada 3 pakej basic    
1. Silver RM270 - keuntungan sehari RM500                                              2.Gold RM1620 - keuntungan sehari RM3000
3. Mobile RM5400 - keuntungan tiada HAD hingga RM10,000 sehari
Untung/Bonus LUAR BIASA:
Bonus Introducer
1. Silver taja silver - RM100
2. Gold taja Gold - RM600
3. Mobile taja Mobile - RM2000
Pairing Bonus.      
1. Silver + Silver - RM50
2. Gold + Gold - RM300
3. Mobile + Mobile - RM1000
JANGAN LEPASKAN PELUANG! JOM KITA BERADA DI POSISI TERATAS SEKARANG!
---> PERSONAL COACHING AKAN DIBERIKAN
DOUBLE STEMCELL ini juga:
[**] Insuran RM3 JUTA
[**] Buatan Malaysia
[**] Bertaraf GMP
[**] Ada kelulusan KKM
[**] Ada kelulusan *SIRIM*
                                       
Biz yg palinggggg mudah..
semua di hujung jari je (guna laptop & internet).. Sistem yg buat kerja lepas rangkaian kita buat duplikasi.. HQ yg Hantar brg ke rumah anda..
Income bonus dibayar hari2, sehari dapat RM1k, sebulan RM30k sape nak bagi.. Yang penting kita jadi yg terawal..
Cara nak join, bg detail kepada saya dan pilih pakej mana yg kita mahu ikut keuntungan harian.. Saya akan daftarkan terus secara online.. On the spot boleh terus buat bisnes..
SELAMAT MENCUBA      
Contact :
H/p no. / whatapps: 0122808434
Email : azaritas@yahoo.com

Okay. stay healthy and beautiful.
-Nurul Sakinah- 

Dec 14, 2013

No word to express it. Astaghfirullah.

Broken.
Sorry hari ni takda opening
takda salam no greeting cause the things had end.
rasa hati ni hancur sangat
broke to million pieces dan kalau boleh dicantumkan
kesan retak dia masih ada, parut dia masih jelas
ingat tak post sebelum sebelum ni pasal #BBW
kalau ada yang tak tahu #BBW tu ape
yup! absolutely The Big Bad Wolf Books Sales
hahah excited kan
... gila tak excaited bagi pencinta buku macam aku ni....
lagi lagi novel inggeris
kekadang tu nak lepas gian
bukak je Wattpad free tapi kebanyakkannya takda quality (sorry to say)
ye lah keluarga aku bukannya sekaya KIm Tan dalam #TheHeirs tu
okey tetiba pulak masuk korea kan hahha~
nak beli novel selalu
lelagilah novel inggeris.. wooo mahal maaa!!
satu novel boleh sampai 30 and above
rasanya takda pulak aku jumpa novel inggeris bawah 30
so bila ada sales macam ni
macam manalah aku tak excitednye kemain 
dulu maksu penah beli satu novel dari BBW aku pun peliklah macam mana pulak ada novel inggeris yang 8$ je ni.. tak tergeraklak nak tanya time tu
so bila dah holiday ni.. tetibe nak tanya lakkan
so dia cakap lah from BBW tapi time tu aku cam dah kecewa dah .. yelah sales mana ada selalu tapi aku search gak dalam tenet.. tetibe kebetulan Alhamdulillah ada yang akan datang bulan december. 
time aku jumpa tu of course lah bulan 11.
and aku watsep lah maksu.. dia kata x sangka ad lagi sales tu 
aku tanya kalau dia nak pergi nak ikut
dia kata tak tahulah lagi.. kalau pergi dia ajak.
aku rasa mcm tak mungkin sebab dia sebok ngan kedai dia yang baru bukak tu
so terfikirlah ayon kan dok bangi (my father's sister)
ayon kata boleh ja tapi ada orang hantar bangi.. so macam hurm hurm la
tapi sebab aku ni beriya sangat hampir setiap minggu aku check web dia ngok books list
mata macam ada sparkling bila banyak penulis fab aku ada dlm list!!
cecelia ahern, nicolas spark, meg cabot and lelain lahhhhh
start bulan 12 aku tampal memo pasal #BBW
x sabar gila!! pastu tunggu je bila ayon nak balik
sooo cerita dia tu ada dalam entry aku sebelum ni HERE
so pagi tu time dia nak balik.. 
aku senyap je.. haha aku ni x pandai sangat nak express diri kekadang 
diam je sebab malam tu dah puas sedih.. pastu dia kata pasal #BBW
tu tengok lah ayon suruh abah hantar sampai seremban ke apa2 lah
pastu aku excited lah dalam seminggu ni jugak aku nak siapkan semua hw
yelah after dah beli takkan nak biar je kann.. terliur tengok tapi tak sedaplah kalau hw still in que kannn siap tampal memo kat dinding pasal #BBW bebanyak sampai mama marah kata nanti bertanda hahah
and bila malam ni dah hampir siap semua hw, tinggal satu point je lagi aku watsep ayon tanye pasal bbw.. pastu die kata kalau ade orang hantar boleh la
aku dah kecewa dah time tuh.. pastu aku kata 'alah, boleh la. kakak pergi ngan angah naik bas.'
dia blas 'macam abah kamu bagi'
yup aku tak pernah naik bas kecuali event sekolah
memanglah abah aku nak bagi.. abah nak hantar? die keja malam penat ada aku yang kena marah kang.. mama nak hantar? mama kerja. so?? aku dah sampai terfikir nak keluar duit dari bank hahah~ yelah sekurangnya aku naklah beli buku sampai 5 buah..XD kalau boleh nak lebih.. tapi kalau x dapat at leat 3 pun cukuplah.. asalkan dapat.. tapi ni 0 beb.. seriously sdih. pedihsangat niii ="(
rasa macam semua usaha aku kena cmpak dalam tong sampah
aku tengok post abang syuk ngan kak anis diorang pergi bbw so so best!
aku kte ngan kak anis aku pergi weekend ni
dia kata enjoy yourself
semua yang aku post kat insta pasal struggle nak siap hw nak gi bbw
semua pecah berderai.
penat aku tunggu nak pergi. penat aku siapkan hw. penat aku cek web dia. penat aku tampal memo. penat aku post kat insta. penat aku berangan. penat aku pilih baju nak pakai. penat aku cek facebook page dia.
PENAT LAAAAA!!!!
astaghfirullah. tu je aku mampu ucapkan
dah lama aku tak nangis teruk macam ni
penat baru tadi aku nak habiskan point last hw
dapat balasan tu terus aku berhenti
terus aku rasa nak koyakkan je semua memo tu
hahahah~ lawak kan sebab buku je!
lawak kan!!!
sampai aku terfikir nanti kalau aku dah kawin kalau aku merajuk.. suami aku nak pujuk bagi buku je komfirm aku ambik.. takyah bunga banyak kat taman.. takyah coklat bagi aku gemok je.
just buku. 
aku happy. sangat.

aku rasa aku nak sangat aku ada abang sekarang yang ADA DEKAT RUMAH dan ADA LESEN untuk bawak aku pergi Mines . tapi sayang . well aku nak abang sebab dah biasa lebih comfortable
sebab bagi aku kalau aku cter masalah dekat perempuan ye dia orang memang faham.. tapi perspektif berbeza.. nasihat diorang memang menyenangkan tapi aku lebih prefer nasihat dari lelaki walaupun tak peka tapi ntah la lebih tepat nasihat dia, mungkin aku dah biasa dengan surrounding lelaki so agak rindu.

rindu. sedih. broken.

-till then, XOXO-

Nov 21, 2013

My Heart's Tears

Assalamualaikum.
Hai dah lama cuti sekolah tapi saya baru nak update blog kan..
well i dont want to say anything sebab semua itu akan menjadi alasan kan?
dah dekat nak 2 minggu sekolah habis 
well mix feelings like usual.
happy, and sad
sebelum balik haritu jumpa dengan seseorang ini
well i pratically miss her so much right now
sometimes untuk kita rindu seseorang kita tak perlu dekat fizikal or selalu berkepit sana sini dengan dia.. hanya perlu dekat di hati itu lebih rapat macam kita rapat dengan Allah
tak pernah melihat Allah tapi hati kita rapat dengan dia, lebih merindui orang yang tak ada di depan mata berbanding orang yang ada di depan mata.. itu syahdu
saya tak rapat pun dengan dia.. jarang bercakap dengan dia 
tapi hati kami rapat .. saya harap bukan saya sahaja yang merasa begitu.
bincang banyak perkara dengan dia .. kata kata dia, senyuman dia, gelak ketawa dia, nasihat dia
i need all that
saya takut saya tak kuat nak menempuh dugaan semasa cuti sekolah.. takut hati saya terpesong daripada selalu mencinta dan merindui Ya Rabb
saya takut...
saya takut tak dapat menjalankan amanah sebagai prefect dengan betul tahun depan
amanah tu sangat berat.. kalau kita boleh nampak dan rasa betapa beratnya amanah dan tanggungjawab itu dengan anggota badan kita nescaya patahlah bahu bahu sang pemikulnya.
saya takut tak dapat nak menyesuaikan diri dengan budak dorm baru tahun depan , dahlah lain rumah sukan.


i need advice
i need motivasi.
i need contoh yang baik.
but i loose everything sebaik sahaja sekolah tamat.
I need advice from kak Qila.
I nees motivasi from kak Ainul.
I need contoh yang baik from kak Faz.
bukan nak kata f4 tahun ni takda yang dapat beri semua tu but everyone have differences 
dah form 3 dah tahun depan.
rasa macam baru semalam melangkah masuk ke SBPIS.
bayak dugaan , cabaran, benda baru yang saya peroleh kat sana
ia semua membesar dengan saya dan membentuk diri saya yang sekarang.
dari murid biasa menjadi pengawas sekolah.

"The Ones who want to wear the crown ,
withstand the weight."

Sepatutnya saya dah sedar segala risiko yang akan saya rasai selepas mengambil borang pengawas tu.. dah sedar lebih awal.


"Kalau nak kata amanah & tanggungjawab itu berat , ya memang berat. Tiada siapa yang nak pikulnya kina. Tapi ia takkan rasa berat kalau kita pikul dia bersama-sama. Kalau nak kata kita tak layak , tiada siapa layak dan sempurna kritia mereka nak dapat jawatan tu, tapi kita memang tak sempurna. Pikul amanah & tanggungjawab itu sama-sama In Sya Allah tak rasa berat dia. Kina boleh bawak. Badar & Pengawas dalam satu ? Kalau orang lain boleh bawak kenapa tak kita?"

In Sya Allah saya akan selalu ingat nasihat terakhir akak di SISME.
Walaupun saya taknak katakan terakhir, akak datanglah selalu okay?

"Nanti, maafkan orang kalau asyik call akak, message akak merengek la macam budak kecik sebab orang memang budak kecik lagi. Maafkan orang kalau asyik mintak advise serta kata motivate dari akak je walaupun ramai lagi orang lain boleh bagi, tapi bagi orang kata-kata daripada orang lain tak sama. Cara penyampaian mereka berbeza. Maafkan orang kalau sebelum ni time sekolah tak pernah pulak selalu mintak nasihat selalu cakap cakap tapi bila dah keluar sekolah ni baru nak terhegeh hegeh sebab selalunya orang akan ambil nasihat daripada akak daripada cara dan perbuatan serta akhlak akak je dah cukup penuh dengan nasihat tapi bila akak dah takda hilang sumber. Maafkan orang sebab orang tak kuat. Orang tak tahulah kalau orang berjaya mencapai matlamat orang tu time cuti sekolah ni, Maafkan."

Sesungguhnya saya percaya Allah takkan timpakan dugaan itu kepada hambanya kalau hambanya tidak mampu memikulnya. 


Ya, saya percaya.
In Sya Allah saya mampu.
Tinggalkan maksiat itu semua kina. 
Jangan biarkan hati kau kosong kina.
Jangan biarkan hati kau selalu mencari cari.
Kina, carilah redha Allah.
Tinggalkan maksiat ini.
In Sya Allah, hati kau akan penuh dengan cinta Ilahi. AMIN.

Oct 13, 2013

Download Video dari acg-tube.com

Assalamualaikum and hello.
Dah makan? Hari ni space bar saya rosak susah nak tekan sebab tengah hari tadi tertumpah air nescafe susu... terukkan saya.. (berikan penyelesaian bagi sapa yang tahu)

okay, get on with the tutorial.. macam mana nak download video dari www.acg-tube.com
saya suka tengok movie dekat web tu best!
it had a LOT!
and the commenter always ask how to download the video from that site,
so today i will be a bit generous and tell you all the trick..
ahaha,  takda lah tricky mana pun
bak kata  orang sharing is caring kan~

1. Open your Google Chrome.
This thing can only be done with Google Chrome, for those who don't have it, you can download it HERE

2. Click HERE,  and add the FVD player to your chrome

3. Download the iLivid .

okay, have all the things we need here.. let's proceed!

1. Open acg-tube.com and choose the video/movie you want to download.
okay, for me i choose The Conjuring

2. Play the video. Now when you see the FVD button on the top right of your chrome (the down blue errow) it will turns blue in color right. click the button.

3. see the very looooong link right. click 'copy to clipboard' button. the little button is just right beside the link.  don't confuse it with the button "DOWNLOAD 317.mb"  (sorry i can't screen capture it, it broke down)

4. Now, open your iLivid. Paste the link that you have copied there. then just wait okay. done

*the subtitle doesn't include.

okay,, ada faham? sorry i know you spin your head reading this right.. hahah~
anything goes wrong .. comment and insyallah i will help you ;)

Oct 11, 2013

Ingat Senang Nak Sabar?

Life is too short to leave important things unsaid.
Assalamualaikum.
Setelah sebulan duduk dekat asrama,
Alhamdulillah semalam sudah selamat saya menjejakkan kaki di rumah tercinta
dah nak akhir tahun dah kan, hmmm. 
it just flew like a blink of an eye.
Okay, baca tajuk.

Mempunyai hanya seorang manusia yang mampu bersabar, itu lebih besar nilainya daripada memiliki sepasukan 100 orang manusia yang gopoh dan suka mendengar jeritan hati sendiri, lalu bertindak mengikut kepala sendiri.
     Mungkin orang yang bersabar itu nampak sebagai loser di mata orang lain. Yalah, orang marah atau tengking dia, dia masih tersenyum senang. Orang ajak dia buat nakal sekali-sekala dia tolak dengan penuh ketegasan. Orang merungut kepayahan, dia redah meneruskan langkahnya.
     "Eh kau ni. Takde perasaan ke?"
Namun hakikatnya, seseorang yang membentengkan dirinya daripada nafsu dengan tembok kesabaran yang dibinanya, amat gagah jika hendak dibandingkan dengan seseorang insan yang mempunyai tubuh sasa dan cerdik akal tetapi tidak ada tembok kesabaran yang memisahkan dirinya antara dirinya dan hawa nafsu.

SENGSARA DISEKSA
Jika kita selak lipatan sejarah, kita akan lihat bahawa pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W., Islam berkembang secara berperingkat. Pada masa itu, meskipun terlalu banyak dan dahsyat penentangan yang diterima, Allah S.W.T. tidak membenarkan umat Islam mengangkat senjata untuk melawan. Malah, Allah S.W.T. menyuruh mereka menolak perbuatan buruk orang-orang musyrik itudengan perbuatan yang lebih baik pula. 
     Bagi kaum Muslimin Mekah, mereka hidup sengsara selama 13 tahun. Perintah menahan tangan daripada senjata dan melawan itu benar-benar menguji jiwa dan nurani mereka. Pedih sekali. Namun, apakah mereka merungut? Mungkin ada segelintir. Tetapi, untuk berputus asa sehingga berpaling dari Islam, TIDAK sama sekali. Malah mereka terus-menerus menyuburkan iman dan kesabaaran dalam diri mereka pada waktu itu.

NO PRESSURE, NO DIAMONDS
Kesabaran mereka itu terus-menerus diuji dan ditanamkan sehinggalam terbinanya ratusan sosok mukmin yang teguh, mantap dan perkasa jiwanya. Lalu, pada Jumaat tanggal 17 Ramadhan ditahun ke-2 Hijrah,buat pertama kalinya, umat Islam dibenarkan mengangkat senjata menentang 1 000 anggota musuh yang terdiri daripada kafir - kafir tegar tatkala tercetusnya peperangan Badar yang mana berakhir dengan kemenangan kepada kaum Muslimim. Mereka bertempur dengan tembok kesabaran yang teguh di dalam diri mereka. Setiap hayunan pedang mereka itu adalah untuk Islam,dan tidak sedikit pun kerana nafsu amarah ataukebencian yang tidak bersebab. Bukan juga keranazalim mahupun kejam. 
     Lihatlah betapa hebatnya insan yang dididik dengan kesabaran. Bak kata pepatah Inggeris, "No pressure, no diamonds." Kalau adapun, ia takkan berkilau dan secantik mana, malah mungkin juga tiada nilai mahupun harga. 
     Marilah kita memupuk mutiara sabar di dalam diri setiap individu kita, sebagai buah keimanan. Seseorang individu yang mengaku dirinya ditarbiyah, sepatutnya mambu membangunkan benteng kesabaran yang lebih teguh hari demi hari biarpun apa yang mendantang kepadanya. Ketahuilah bahawa pabila adanya golongan sobirin (sabar) ini, nescaya kemenangan Islam semakin menghapiri kita. Yakinlah!

     "Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang Kafir, kerana orang kafir itu adalah kawan yang tidak mengerti." (al-Anfal: 65)

Assalamualaikum. 
Till then, love you.
jaga diri, jaga iman, jaga amal.

Sep 14, 2013

Cerpen: Nostalgia Semalam

Teachers Gift Apple Salt Dough Ornament by cookiedoughcreations

Cerpen ini saya tulis untuk pertandingan
sempena Hari Guru di sekolah pada tahun 2013.


Angin bayu bertiup lembut menampar pipinya. Kuntuman bunga sakura juga turut sama menari lalu gugur mewarnai tanah yang berwarna kusam. Dari tempat Zyya melabuhkan punggungnya itu, terdapat satu pemandangan yang sangat menggamit memorinya. Kelipan lampu neon daripada menara komunikasi tertinggi dunia ‘Tokyo Sky Tree’ di Bandar timur, Tokyo melarikan ingatannya kepada menara Eiffel di Paris. Kota Paris, kota suka dan duka baginya.

     ‘Pang.’ Keperitan daripada tamparan maklong itu bagaikan sudah sebati di dalam hidupnya.

     “Hidup kau ni menyusahkan aku betul! Menyesal aku bela kau. Baru umur setahun jagung dah jadi pembuli, gangster. Kau keluar dari rumah aku ni sekarang juga!” merah muka maklongnya menahan marah.

Beg yang sudah penuh berisi pakaiannya dicampakkan ke luar rumah.

     “Mulai sekarang, kau Zyya Adrianna Bella bukan lagi anak buah aku. Kau jangan tunjukkan muka kau lagi di depan aku. Pergi kau, berambus!” jika orang lain, pasti sudah terkesima dan terkedu dengan apa yang berlaku. Tapi, hatinya sudah lama berdetik mengatakan yang hari ini akan muncul jua.

     Bukan Zyya menginginkan dirinya menjadi sebegitu. Setelah ibu bapanya meninggal, dia hidup sebatang kara di kota Paris ini sehinggalah satu-satunya darah daging ibunya disini, mahu menjaganya. Akibat tekanan emosi, dia terjebak dengan anak muda yang sudah rosak akhlaknya. Dia mula melakukan pelbagai masalah disiplin. Daripada seorang pelajar cemerlang, dia menjadi pelajar yang tercorot dari segi akademik dan sahsiah.

   Zyya membawa dirinya ke pondok yang berdekatan. Ketika itu langit yang kelam sedang memuntahkan semua isinya  Matanya tertancap pada bunga-bunga ros yang ditanam di sekeliling pondok itu. Kelopak-kelopak bunga yang layu itu bagaikan hatinya yang pedih menangisi luka lama yang kembali berdarah.

   “Zyya, cikgu dah dengar apa yang berlaku.” Seorang insan yang memulakan bicaranya setelah salam dan khabar dihulurkan.

     Perlahan insan yang  digelarnya guru itu menapak kearah bangku yang diduduki oleh Zyya. Keadaan dirinya yang tidak terurus menjadi santapan sepasang mata kuyu milik wanita itu.
     “Mari kita pulang ke Malaysia, kita mulakan hidup baru ya.” Disusun lembut ayat yang meniti dari bibir wanita itu.

     Habis sahaja bicara wanita itu dituturkan, langsung jatuh mutiara jernih yang sudah lama ditahan di tubir mata Zyya. Sanggup lagi wanita yang berhati luhur ini membelanya. Sudah lupakah segala keperitan yang ditanggung hasil dari perbuatan anak muridnya itu terhadapnya?

     Huluran jemari mulus itu disambut Zyya. Ya, dia harus bangkit. Tiada insan suci tiada masa lampau dan tiada insan berdosa gelap masa depan. Dia harus berhenti meladeni perasaan sendiri. Amanah di bahunya sebagai seorang penuntut ilmu belum lagi dilaksanakan sepenuhnya. Untuk itu, 11A+ pasti menjadi miliknya.

   “Buat apalah tenung Tokyo Sky Tree tu lama-lama. Kalau boleh runtuh menara tu akibat segan, dah lama dah dia menyembah tanah.” Kata-kata yang berbaur usikan itu meniti lembut di pendengarannya.

     Zyya tersenyum memandang raut wajah yang terpancar cahaya sakinah itu. Sungguh tidak terhitung jasa dan pengorbanannya demi seorang anak murid ini. Dialah insan yang menarik tangannya dari lembah kejatuhan dan memimpin hingga berjaya melepasi titian kejayaan.

     Sebuah senyuman dilukiskan di wajahnya. Hari ini dia akan terbang di awan biru untuk pulang ke tanah air setelah berjaya memperoleh Master dalam bidang Technical Engineering di Negara matahari terbit itu. Kejayaan yang dikecapinya hari itu pasti tidak akan dapat dirangkul tanpa guru yang merangkap penjanganya.

Copyright. Evol Amni.

Cerpen:Kita Kawan kan?

     Tumblr

Cerpen ni saya tulis untuk PBS Ting. 2 band 5 Bahasa Melayu.
Bertemakan persahabatan. Saya akui agak hambar.
But ia sangat bermakna buat saya.


Renungan matahari tajam menerobosi tingkap kamar. Nampak gayanya aku menjadi orang pertama yang tiba di kamar 1 tengah hari ini. Sesi persekolahan berakhir pada jam 3.00 petang. Kebanyakan pelajar menjadikan dewan makan untuk menikmati makan tengah hari sebagai destinasi utama mereka setelah sesi persekolahan tamat. Tidak tahulah kalau makan pada pukul 3:00 petang itu layak dipanggil makan tengah hari. Disebabkan aku masih kenyang setelah menjamu selera di kantin pada rehat pagi tadi, kaki ni malas nak dihayun ke dewan makan yang sesak itu. Tapi, sebenarnya boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja berapa kali dalam sebulan aku menjejakkan kaki di dewan makan untuk menikmati makan tengah hari.
      “Assalamualaikum Ilsa, kita geng lah tak pergi makan!” satu suara ceria menyapa aku daripada belakang lalu duduk bersamaku di katil single kamar itu.
     “Walaikumussalam . Oooh Era. Aah, dah tukar baju dah pun.” Aku menunjukkan tee lengan pendek bersama seluar track yang sudah aku tukar sebentar tadi .
     Wajah era Nampak kepenatan dan kosong. Pelik. Biasa gadis kacukan melayu-arab-irish ini seorang yang tak lekang daripada senyum menghiasi bibir merah bak delima. Naz Shaaheera. Aku dan dia sahajalah pelajar tingkatan 2 yang menginap di kamar 1 ini. Jadi aku rapat juga lah dengan gadis tinggi lampai ini. Kulit kemerahan  dengan rambut perang dia memang memukau. Kalau aku yang sama jantina ini sahaja sudah terpukau, yang lain jantina, tak usah dikatakan la.
      “Ish, mengelamun pulak dia.” Era menarik aku daripada lamunanku.
     “Hahahahah… Sorry, kenapa pulak ni. Nak cerita? I’ll be your listening wall.” Aku menatap mata bundar koko cair itu. Kosong.
     Era kemudian mengangkat punggung daripada katil single itu. Dia meletakkan begnya di katil hujung sebelah atas kamar 1 itu. Setiap kamar di sekolah ini memang diberikan lapan katil dua tingkat dan satu katil single. Kunci locker dikeluarkan daripada poket baju sekolahnya, lalu locker besi itu menampakkan isi di salamnya. Baju tee merah berlengan pendek bersama seluar khakis putih ditarik keluar daripada lipatan pakaian dan disarungkan ke badan.
     Kemudia, kakinya dihayun semula menuju ke katil ku . Naz Shaaheera. Seorang gadis yang suka ketawa. Kadang – kadang  benda yang tak kelakar pun dia anggap kelakar. Tapi bak kata orang, manusia yang suka ketawa atas benda yang tak patut diketawakan ini, seorang yang kesunyian. Era mungkin. Susah nak dengar dia kongsikan masalah. Suka pendam dan nangis berseorangan. Kalau orang yang tidak memerhati memang anggap dia ni selalu sahaja ceria.  Aku selalu sahaja berharap yang Era tak menganggap aku ini kawan diatas nama sahaja. Aku pandang wajah Era di sebelahku. Nampak gayanya, mulut comel itu akan mula meluahkan apa yang terbuku di hati. Haraplah.
     “Hmm.. Ilsa, aku rindu abang aku la. Rindu sangat. Tak tahulah kenapa kebelakangan ni hati aku tak tenteram.” Era memulakan bicara. Suara dia macam pilu sangat. Kami bersama-sama duduk bersimpuh di atas katil yang berlapikkan cadar kuning cair sekolah. Senyap. Haraplah, hari ini aku akan menjadi kawan yang bukan sahaja di atas nama. Kalau pun aku tidak boleh kongsikan masalah kau Era, jadi pendengar setia pun cukuplah.
     HARI sudah pun menjangkau ke malam. Aku membaringkan badanku di atas katil. Dah jam 12:00 malam pun. Setelah satu asrama najmulail dan light off bolehlah mata aku ni melabuhkan tirainya. Aku memandang sekitar kamar. Masih ada lagi yang belum melelapkan mata mereka. Kak Hayatun dan kak Raihana macam biasalah. Pelajar PMR, kenalah belajar . Kerja sekolah tak cukup jari nak dibilang. Pelajar tingkatan lima kamar ni, kak Sheera, kak Asma, kak Ekin KA  dan kak Faree macam biasalah juga. Kalau tak belajar, melepaslah peperiksaan terpenting zaman persekolahan ini.  Aku merenung  luar tingkap. Tiba – tiba pula aku terimbau kembali kisah Era tadi. Sayup – sayup suara dia menyapa telinga ini.

“DULU, maklong sebelah maklong aku belajar di Jepun. Sambung belajar dekat sana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu, dia jatuh cinta pula dengan lelaki yang sama belajar di universiti itu. Nak dijadikan cerita, suatu hari itu, maklong aku kena spiked. Keluarga diorang risau sangat. Jadi, dia dengan lelaki mengikat tali perkahwinan dekat sana time winter break. Kebetulan, keluarga maklong memang nak melawat dia pun. Keluarga lelaki itu atau lebih layak aku gelar paklong , melayu-jepun yang memang dah bermaustatin dekat situ. So, senang lah urusan kahwin diorang.” Era mengambil nafas sebelum meneruskan cerita. Nampak gayanya macam ada satu beban besar yang nak diluahkan.
     Kehadiran kak Adda, kak Dieja dan kak Aiesya pelajar tingkatan empat yang memang sama macam kami tidak pergi makan tengah hari , tidak langsung mengambil tumpuan Era. Walaupun ketiga-tiga kakak yang rapat dengan Era itu duduk bersama meminjamkan telinga, Era bagaikan tidak kisah. Yalah, satu kamar. Semua masalah dikongsikan bersama. Lagi-lagi apabila Era yang memang tak pernah membuka mulut untuk berbicara tentang masalahnya mula membuka hati. Jaid apa lagi, jadilah pendengar setia sahaja.
     “Tapi ayah paklong, tidak suka maklong aku, dia nak perempuan yang berdarjat supaya dapat teruskan perniagaan dia memandangkan paklong sahajalah pewaris dia. Tetapi, paklong tetap teruskan perkahwinan dengan maklong aku. Ayah dia bengang. Selepas maklong aku melahirkan anak dia yang pertama, ayah paklong rancang satu kemalangan supaya maklong terbunuh. Jadi, dia boleh paksa paklong kahwin dengan perempuan yang lebih berdarjat. Tapi  dengan kuasa Allah, rancangan tu memakan diri dia sendiri. Pada hari kemalangan itu dirancang bukan pemandu mereka yang memandu kereta tapi paklong sendiri manakala maklong duduk di belakang untuk menyusukan anak dia. Kereta yang paklong pandu itu hilang kawalan. Paklong mati di tempat kejadian manakala maklong dengan anak dia hanya cedera ringan.
     Maklong mempunya lima orang adik beradik termasuklah mama. Mamalah adik yang paling rapat dengan maklong. So, mama bawa maklong pulang Malaysia. Dah takdir Allah, sewaktu kemalangan tu, maklong aku mengandung tapi Alhamdulillah tak gugur. Tapi, setelah melahirkan anak dia yang kedua, maklong terus pergi mengadap Ilahi meninggalkan anak dia yang keuda-duanya masih memerlukan susu dan kasih saying seorang ibu. Maklong amanatkan kedua-dua anak dia kepada mama dengan abah. Waktu tu aku belum lahir lagi jadi mama buat suntikan hormon.” Mendatar sahaja suara Era bercerita. Tekun juga kami mendengar kisah dia. Tiba, tiba sebelum meneruskan matanya macam bersinar.
     “Beberapa tahun selepas itu, aku pun lahir. Best ada abang. Anak pertama maklong nama dia Echizen Emeriz. Ikut nama keturunan keluarga dia dekat jepun sebab dia lahir dekat sana, Echizen. Anak kedua, Muhammad Haikyle.  Pelik kan tak da nama keturunan. Sebab waktu tu maklong sedih sangat dengan kemalangan tu. Dia taknak anak kedua dia ada kena mengena dengan Negara matahari terbit itu lagi. Selepas aku lahir, adik aku kedua lahir dan selang empat tahun lagi adik aku yang terakhir lahir. Dua-dua lelaki. Haaa… tulah aku ni ganas semacam kan.
     Aku ni dah lah jenis yang suka dalam dunia sendiri. Parents aku selalu sibuk. Pagi pergi kerja, malam baru balik. Adik aku dua – dua orang tu rapat diorang –diorang sahaja. Haikyle pulak jenis yang pendiam. Jadi, abang Riz yang selalu tarik aku keluar dari dunia aku. Bina ‘aku’ yang sekarang.” Tiba-tiba muka yang ceria tadi mendung kembali dan tanpa ku sedari ada mutiara jernih yang mengalir.
     “Tapi…. Bila abang Riz umur 16 tahun, dia kena sambung belajar dekat Etton College. Datuk dia paksa. Nak abang Riz belajar Business. Datuk dia tak tahu lagi kewujudan Haikyle. Abang Riz tak nak Haikyle lalui apa yang dia rasa. Dia nak Haikyle hidup macam orang lain. So, dia pergi untuk kebaikan Haikyle. Abang Riz jarang balik sini. Lagi jarang bila dia teruskan belajar dekat University of Oxford dalam bidang Business Management. Haikyle, mama hantar pergi Private School dekat Bangi. Mama nak guna semua duit yang maklong wasiatkan untuk diorang. Mama gunakan sebaik mungkin. Haikyle pun jarang balik duduk hostel dekat sana. Kalau ada cuti pun dia tinggal dekat rumah maklong sebelah ayah aku dekat Bangi. Kata dia lagi dekat. Setahun tu boleh bilang sebelah jari sahaja bila dia balik. So, bila balik rumah aku sensorang lagi, Adik aku dengan hal diorang. Parents aku kerja. Aku still ceria dekat sana but inside I am lonely. Sangat. Tak da orang nak tarik aku lagi.” Era nangis.
    RABU. Lagi satu jam sebelum aku dapat pulang ke asrama. Alhamdulillah aktiviti kokurikulum pada hari ini dibatalkan. Aku menghadiahkan pandangan aku dengan rakan seisi kelas aku. Nampaknya, semua sudah disapa lena . Hari ni cikgu ada mesyuarat. Selepas rehat tadi, kelas aku kosong tanpa cikgu masuk. Tempat aku bersebelahan dengan laluan koridor. Panas. Dengan uniform kadet polis ni lagi menambahkan bahang yang sedia ada.
     Kisah Era bermain-main lagi dalam minda aku. Dulu aku pun pernah jadi macam Era. Sakit sebab rindukan adik beradik. Aku ada sebelas orang adik beradik dan aku anak bongsu. Disebabkan rindu sangat aku sakit. Asyik nak tidur sahaja. Balik sekolah tidur. Kalau hari minggu tu makan pun kadang-kadang tidak sebab nak tidur sahaja. Adik-beradik aku yang lain semua dah lupa jalan balik lah tu. Haaahahah… Dulu waktu aku sedih, kak Adda dan Era yang jadi listening wall aku. Kak Adda kata aku needs somebody dan dia akan jadi somebody itu untuk aku. Kak Adda memang baik. Disebabkan semangat yang dia salurkan. Aku Alhamdulillah pulih sikit demi sedikit.
     Nampaknya jam sudah menunjukkan waktu balik. Aku mengejutkan Izza Shae rakan sebelah meja aku. Aku memang rapat dengan budak ni. Gila-gila jugak orangnya. Baik, cantik dan pandai.
     “Izza, izza.. bangun jom balik.” Aku mengejutkan Izza perlahan-lahan. Ramai juga rakan kelasku yang sudah terjaga dan mula beransur pulang.
     “Emm.. dah pukul berapa?” muka Izza macam bengang.
    ‘Budak ni dah la bad mood je bila bangun tidur. So, baik aku ready.’ Aku bermonolog sendirian.
     “Pukul 2:30 dah. Jomlah.” Aku menunggu Izza mengemaskan barang dia. Kemudian kami pulang ke asrama bersama Aizzah dan Khaliqah.
     Sebelum tu aku menunaikan solat Zohor dahulu. Izza dan Khaliqah pergi makan tengah hari di dewan makan. Aku dan Aizzah malas nak makan . Aku dah memang malas. Aizzah ni join sahaja. Mungkin kenyang makan nasi di kantin rehat tadi. Selesaikan menunaikan solat, aku terus menuju ke asrama, kamar 1 Modenas manakala Aizzah di kamar 11 bersama Izza. Kaki dihayun menuju ke kamar. Aku meletakkan kasut sekolah di rak. Suara-suara ceria menyapa telinga aku. Hmm..nampaknya dah ramai orang yang balik sebelum aku. Nampaknya, Era dengan perangai ceria dia sedang bercakap dengan kak Adda, kak Ainur, kak Faree dan kak Aiesya. Apalah yang diceritakan aku pun tak tahu.
     “Hai, Ilsa!” macam biasa Era menyapa.
     “Hai!” aku membalas. Beg sandang diletakkan di atas katil. Aku menuju kea rah mereka semua. Mestilah nak join.
     “Cerita apa?” soalan yang pertama setelah aku meletakkan punggung di lantai kamar.
     “Ni ha, Era cerita pasal kisah abang dia dengan perempuan mixed mana entah.” Kak Aiesya yang membalas. Muka dia ceria. Muka dia memang selalu ceria pun, happy go lucky.
     “Aku teringat dulu abang aku ada cerita time kitaorang skype…” Era memulakan cerita tapi kak Faree menyampuk.
   “Tengok nak ulang balik. Hesy kacaulah Ilsa ni!” Aku mula membuat muncung duckface aku.
   “ Tak palah. Lepastu abang Riz cakaplah ada seorang pelajar dekat sana yang suka dekat dia sampai buat benda pelik – pelik. Nama dia, entah la.. tak ingat tapi yang pasti dia tu banyak mixed la. Cantik tapi free hair. Dia sampai hantar video kata bang aku yang kata dia suka dekat abang tau! Memang la perempuan zaman sekarang. Time abang Riz cerita aku gelak gila-gila. Tapia bang Riz cakap perempuan seram. Hahahaha..” ceria Era menuturkan cerita dia. Muka dia memang bersinar macam bulan purnama kalau bercerita tentang abang dia.
     “Ei.. tau tak orang kebelakangan ni selalu bercerita tentang Abang Riz kan. Tahun lepas pernah sekali macam tu tau. Lepas tu benda buruk berlaku.” Tiba – tiba tawa Era berhenti.
     “Apa?” kak Dijah yang baru pulang , tiba-tiba menyampuk. Memang.
     “Time tu, orang telefon mama. Mama kata abang Riz kemalangan. Plane dia terhempas waktu nak mendara t dekat sini. Siap tunjuk bukti lagi dekat surat khabar mana. Orang nangis gila-gila tau! Tapi berapa bulan lepas tu baru orang tau kebenaran dia. Abang Riz yang rancang dengan mama suruh buat benda macam tu. Dia nak putuskan hubungan dengan kitaorang. Bukan apa, dia takut orang terlampau bergantung dengan dia. Dia taknak. Sanggup kan dia buat macam tu. Tapi, orang tau juga.Sebab terbaca email yang dia hantar dekat mama. Pulak ada orang mati hantar email kan. Orang marah dia gila – gila tau. Boleh pulak benda serious dia buat main main.”
     “Kau lah puncanya. Hahahahah..” kak Adda ketawa.
     “Ni kau banyak cerita tentang abang kau ada apa-apa ke? Kang….hahhahaha” kak Aiesya pulak.
     “ Tu lah.. Harap-harap tak da lah.” Era mula menunjukkan riak takut.
     Tiba-tiba mata aku dijamu dengan kehadiran kak Faz. Pelik. Kenapa tiba-tiba kak faz daripada kamar tujuh datang ni. Timbalan Ketua Pengawas datang kamar. Mestilah terpegun kan. Tak payah  nak terpegun sangat lah kan. Berita yang dikhabarkan kak Faz kepada Era benar-benar menyentap tangkai hati aku. Betul ke ni? Era tak percaya. Siap gelak gelak lagi. Akhirnya bila kak Faz menunjukkan muka serius. Dia menangis dan rebah. Satu kamar kalut. Naz Shaaheera rebah.
     WAKTU Prep malam. Aku dengan kak Adda dan kak Faz bersama menjaga Era. Era masih tidur . Penat menangis. Kak Faz terpaksa menunggu sama. Sebab nanti cikgu akan sampai.Era balik malam ni. Private Jet akan mendarat di padang. Best kan. Tapi tempat yang nak dituju dan sebabnya tidak best. Pilu Terimbau lagi kejadian petang tadi.
    KAK Faz melangkah menuju ke Era. Dia menyuruh Era sabar terlebih dahulu.
     “Naz Shaaheera. Sabar. Semua yang berlaku ada hikmahnya.” Kak Faz memegang bahu Era.
     Era terdiam. Kenapa ni?
     “Tadi cikgu call, abang awak Echizen Emeriz dah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Parents awak dah pergi dulu pagi tadi. Malam nanti diorang hantar private jet untuk awak dengan Haikyle pergi sana. Sabar ye.” Dengan sekali lafaz kak Faz menuturkan bicaranya.
Kami semua terpempam dengan berita tadi. Rasanya baru tadi Era cakap dia risau kalau apa-apa yang berlaku  dekat abang Riz sebab dia banyak cakap tentang abang Riz. Era ketawa. Dia tak percaya. Macam tahun lepas benda yang berlaku. Cuma tahun lepas plane crash tahun ni kemalangan jalan raya pulak. Era gelak. Pedih.
     “Kak Faz jangan buat lawak la.” Era ketawa dengan harapan yang selepas ini kak Faz juga akan ketawa. Pelik seorang TKP buat lawak dengan dia tiba-tiba kan. Dah la tak rapat mana pun.Tapi melihatkan riak kak Faz yang masih serius. Mutiara jernih mengalir dari tubir matanya. Hatinya bagai disiat-siat. Pedih. Masin mulut dia. Akhirnya Era pengsan. Terkejut.
     “ASSALAMUALAIKUM.” Salam daripada Haikyle menyedarkan kami semua.
     Muhammad Haikyle. Adik abang Riz. Tingkatan empat.  Aku memberitahu kak Faz dan kak Adda. Kak Adda terpegun. Yelah, selalu dengar Era bercerita. Aku takdalah terkejut sangat sebab pernah tengok rupa dia dalam gambar. Hensem. Macam mana lah rupa Abang Riz kan. Muka dia pilu.
     “Mana locker era?” Haikyle bertanya. Pilu muka dia.
     Aku menunjukkan locker Era. Dia berjalan menuju Era. Aku menatap wajah Era di atas katil Era dah lama sedar, Tapi, dia hanya diam dan tak bergerak dari tadi. Hanya air mata yang tidak berhenti mengalir dari tadi. Haikyle mengeluarkan sikat daripada locker Era. Era dibantu untuk duduk di atas katil. Sepi sahaja di antara mereka. Sebelum itu Haikyle menyuruh kak Adda menggosok tudung bidang berona marah yang sama tona dengan baju yang dipakai Era sekarang. Manakala aku disuruh agar berdiri di locker dan mengambil apa sahaja yang dia minta.
    Hey. Tidak mengapalah. Kali ni aku berkorban untuk Era. Kak Faz hanya berdiri tegak di sebelah katil Era. Haikyle menyisir rambut Era. Tiada kata yang muncul di antara mereka berdua. Lembut tangan dia melakukan kerja. Era pula hanya menghadiahkan pandangan kosong. Kemudian, rambut Era diikat rendah. Muka Era dibersihkan dengan tisu. Krim pelembab disapu perlahan ke seluruh muka Era. Kak Adda yang sudah kembali dengan tudung yang sudah digosok meletakkannya di atas katil kak Ainur yang berdekatan dengan katil Era.
     Kami hanya memandang sepi perbuatan Haikyle. Kemudia bedak disapu pula ke muka Era. Diikuti dengan  tudung. Masih tiada kata yang dituturkan. Sungguh sedih aku melihat keadaan Era pada ketika itu. Disebabkan muka nya yang pucat Haikyle menyapu sedikit pelembap bibir. Tudung dibetulkan. Kemudian mereka sama-sama berdiri. Akhirnya, air mata Era mengalir. Dia memeluk Haikyle. Haikyle hanya berdiri tegak. Bagaikan ada perbualan diantara hati ke hati yang berlaku antara mereka.
    Setelah seketika mereka berkeadaan begitu, Haikyle menolak badan Era. Tangannya menyapu air mata yang mengalir di pipi Era. Lembut.
    “Jom. Private Jet dah mendarat dekat padang. Kan nak jumpa abang. Chill ok.” Akhirnya ayat kedua yang dituturkan oleh haikal selain bertanyakan locker Era tadi. Dia memimpin tangan Era keluar. Stokin Era disarungkan dan sandal Era dipakaikan. Tersentuh aku. Begitu memahami. Kak Faz turut mengikuti mereka.
       Mungkin aku tidak akan pernah memahami perasaan Era. Bagai, sebahagian daripada dirinya telah hilang. Orang yang telah menarik dia daripada dunianya sendiri dahulu kini telah tiada. Orang yang telah membentuk Naz Shaaheera menjadi Era yang sekarang. Ceria, happy go lucky, sporting. Itulah perangai yang telah ditanam oleh seorang Echizen Emeriz ke dalam diri Naz Shaaheera. Adakah mungkin semua itu akan pergi dengan perginya Echizen Emeriz?
     Malam itu Era pergi ke Negara di barat sana bersama Haikyle. Hajat Emeriz agar dia ditanam di sana. Alasannya? Agaklah sendiri. Malam itu selepas maghrib dilakukan bacaan Yaasin. Memang dah tradisi sekolah. Kalau ada ahli keluarga pelajar meninggal dibacakan Yaasin. Sayu aku membacakan Yaasin di sura pada malam itu. Terimbau kembali semua cerita yang diceritakan oleh Era tentang Echizen Emeriz.
     Selama ini dia dapat terus ceria walaupun abangnya berada jauh kerana dia masih berhubung dengan abangnya. Walaupun adik-adiknya dengan dunia mereka sendiri, Ibu bapanya yang sentiasa sibuk. Kini, aku harap Muhammad Haikyle dapat menjadi seorang Echizen Emeriz dengan caranya tersendiri.  Di malam yang sepi ni aku menadah tangah mendoakan kesejahteraan kawan aku Naz Shaaheera. Ilsa Deyana tak mahu menjadi kawan di atas nama sahaja kan. Kawan selamanya ?
     KINI sudah tiga bulan setelah kematian abang Riz. Alhamdulillah juga Era dah kembali seperti sedia kala. Katanya abang Riz tinggalkan surat agar dia tidak bersedih dan teruskan kehidupan seperti sedia kala. Dia dah rasa agaknya. Sebulan jugak untuk Naz Shaaheera kembali kepada Era yang aku kenal. Semua orang usaha untuk tarik dia.
     Ceria sahaja suara Era berbual tentangDVD Twilight yang baru dia veli bersama Haikyle. Kini, Haikyle sudah rajin pulang. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kan?
     “Ilsa, terima kasih sebab sentiasa di sisi aku sewaktu aku memerlukan.” Malam itu Era berbicara dengan aku.
     “ Kita kawan kan.”
     “Hmm..kawan. Sebelum abang Riz pergi dia ada tinggalkan sajak untuk aku. Dia buat sendiri. Nak baca? Selepas aku baca sajak nil ah aku dapat teruskan hidup. Ada mesej untuk aku.”
     “Boleh jugak.” Era mengeluarkan sebuah buku daripada begnya. Helaian demi helaian diselak sehinggalah tiba di muka surat yang dituju.
Seindah Mata Pernah Memandang

Gula kapas di atas berarak di dalam raut wajah ceria
Menyayilah bidadari kecil di ranting payung gergasi
Dari atas sana terlihat nasi beriyani yang mula membesar
di dalam pinggan hijau yang tidak dijamah..
Di waktu bayang mula menghilang
Pancaran kelip-kelip kecil berkelipan menghias mata
Saat mata manusia mula ditutup
Keindahan yang tidak bisa dilukiskan deria ini mula
keluar daripada tempat persembunyiannya…
Siapa sangka di saat penutup mata mula dibuka
Mana-mana anugerah Tuhan yang berdiri di atas gua hijau itu
Pasti dapat mengubati jiwa dan raga yang dihiris
Luaskan jarak mata memandang agar dapat kau
kembalikan kilauan hatimu…

The Answer of My Eyes
The distant and nostalgic scenery
That sweet fragrance of snow
They tie down my broken memories
And search for the road i must take
In this Chaotic Destiny
You may not be able to see the certainty
Right in front of your eyes
The smalll light is so far i can’t see it
If i wish enough in order to see it.. I’ll lose something
But a heart that shatters the deepest darkness
That heart lies right here
This flowing hymn, this warm tear
Spill and try to live as much as they can
These Scarlet Eyes look at the sky
And i walk the road leading to the future
They found…
The words we once vowed
Vividly resurrect
The memories it finally touched upon
Are the proof of the Thorny Path we took
I remembered i accepted
Everything this life gave me
Our held hands won’t disappear
This pitiful prayer, this tiny smile
In order to protect them, i’m led towards
The heart that can even shatter sadness
That heart lies right here
Synchorinized singing voices, tears that know of love
There are many of them in this limited life
The Wings of Flowers continue towards the heavens
Continuing toward the road
Of a Flourished Future
If my final wish is granted
I will send you a single ray of light
There’s nothing to be sad about, nothing to be confued about
I embrace the Answer of my eyes and continues forward

     Memang ada pesanan dalam sajak itu. Pesanan yang hanya  Era boleh memahaminya.

Copyright. Evol Amni.

Aug 15, 2013

Allahu.

Assalamualaikum.
#PrayforEgypt

Ask forgiveness from your lord, then turn towards Him in repentance; He will loosen the sky over you in abundance,and He will add strength unto your strength.


Let Kitabullah answers all 
Feel free to read.
Al-Quran (Kalam Allah)
1) WE ALWAYS ASK: Why was I TESTED?
AL-QURAN ANSWERS: "Do men think that they will be left alone saying,'We believe', and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false." [29:2-3]
2) WE ALWAYS ASK: Why I never get what I wanted?
AL-QURAN ANSWERS: "It is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing, which is bad for you. But Allah knows, while you know not." Surah Al-Baqarah [2:216]
3) WE ALWAYS ASK: Why was I burdened this way?
AL-QURAN ANSWERS: "Allah does not place a burden to a soul greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns." Surah Al-Baqarah [2:286]& " So verily, with every difficulty there is relief: (repeated) Verily, with every difficulty there is relief." Surah Al-Insyirah [94:5-6]
4) WE ALWAYS ASK: Why am I losing hope?
AL-QURAN ANSWERS: "So lose not heart, nor fall into despair: For you will be superior if you are true in Faith." Surah Al-Imran [3:139]
5) WE ALWAYS ASK: How can I face it?
AL-QURAN ANSWERS: "O you who believed! Persevere in patience and constancy; vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah that you may prosper." Surah Al-Imran[3:200] & "And seek(Allah's) help with patient, perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a humbly submissive (to Allah)." Surah Al-Baqarah [2:45]
6) WE ALWAYS ASK: What do I get from all these?
AL-QURAN ANSWERS: "Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and properties (in exchange) for that they will have the garden (of Paradise)..." Surah At-Taubah [9:111]
7) WE ALWAYS ASK: To whom could I depend?
AL-QURAN ANSWERS: "(Allah) suffice me: there is no god but He: On Him is my trust- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme." Surah At-Taaubah [9:129]
 WE ALWAYS ASK: But I can't take it anymore!
AL-QURAN ANSWERS: "...and never give up hope of Allah's Soothing Mercy; truly No one despairs of Allah's Soothing Mercy. except Those who have no faith." Surah Yusuf [9:87]& "Despairs not of the Mercy of Allah: for Allah forgives All sins for He is Often- Forgiving, Most Merciful." Surah Az-Zumar [39:53]

I need to keep reading this over and over right now.
Assalamualaikum.

Aug 10, 2013

Saya Rindu Sangat Sangat...



Assalamualaikum... Selamat Hari Raya!
Okay, read this! tengah surfing tadi terjumpa.


------------------------------------- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..(*_*) -------------------------------------------------

Ya, Allah mengalirkan air mata ini dari tubir mataku.. sesungguhnya aku benar benar rindukan Rasulullah Sallahhu Alaihi Wasallam... 

*Mari kita kejar syafaat beliau! Wallahu A'lam. Assalamualaikum.
credit to: penpatah.blogspot.com