Dec 30, 2012

Laporan Sains (Prinsip Jirim)

Tumblr_mftjpmtw1n1qcx3oho1_400_large

Hey! Salam=)
Okay today is Sunday
and my friends still asking me the homework
and it's a little irritating somehow..*joking*
okay so to help them here's the really wanted homework
for you guys..

but once again i remember you all..
PLEASE NO COPY CAT!
THIS IS MY WORK OKAY!
USE IT AS REFERENCE ONLY OKAY!
*kalau aq tahu korang copy bulat2 sama ada isi dia ataupun apa apa pun,
jagalah korang naik cuti ni, aq cincang korang lumat2*
 --> SAINS BAB 3- JIRIM (B6D3E1)


JAWAPAN (A):

LAPORAN KONSEP KETUMPATAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN MELALUI KAPAL SELAM

                      Objek yang mempunyai ketumpatan yang rendah akan terapung di atas cecair yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi. Ketumpatan sesuatu objek boleh diubah dengan menggunakan jisim atau isipadunya. Kapal selam boleh terapung atau tenggelam dengan mengubahkan jisim tanpa mengubah isipadunya.

          Ini boleh dilakukan kerana kapal selam mempunyai tangki-tangki balast. Bagi mengelamkan kapal selam, air laut dipam masuk kedalam tangki ballast untuk menambahkan ketumpatan kapal selam. Isipadu kapal selam kekal sama,tetapi air laut yang dipam masuk kedalam tangki-tangki balast akan menambahkan jisimnya.

          Bagi mengapungkan kapal selam ke permukaan, air laut dipam keluar daripada tangki-tangki balast. Objek yang biasanya tenggelam boleh diapungkan dengan mengubahkan isipadunya tanpa mengubahkan jisimnya.

          Misalnya, satu ketulan plastisin boleh diapungkan dengan membentukkannya dupaya menjadi sebuah kapal. Prinsip ini diaplikasikan dalam kapal. Keluli tenggelam didalam air, namun kapal masih terapung walaupun diperbuat daripada keluli dan sangat berat   .     Ini kerana, kapal mempunyai ruang luas yang dipenuhi udara supaya ketumpatan kapal labih rendah daripada ketumpatan air laut.
Laporan disediakan oleh,

(NURUL SAKINAH BINTI MOHD HEREE)

JAWAPAN (B):


Langkah-langkah:
·        Sediakan sebuah botol mineral terbuang.
·        Pastikan tiada apa-apa yang terdapat di dalam botol mineral itu.
·        Buat dua lubang yang sama saiz di badan botol mineral.
·        Lekatkan straw panjang di lubang yang dibuat di badan botol mineral itu menggunakan tanah liat.

Bahan-bahan:
·        Sebuah botol mineral kosong.
·        Dua buah straw panjang yang sama saiz.
·        Tanah liat.

Bagaimana konsep timbul dan tenggelam diaplikasikan pada kapal selam:
Botol mineral kosong menggambarkan kapal selam yang diperbuat daripada keluli tetapi bahagian dalamnya terdapat sebuah ruang kosong yang membolehkannya terapung di air. Beberapa plastesin dimasukkan di dalam botol mineral untuk menenggelamkan model kapal selam menggambarkan air laut yang dipam masuk ke dalam tangki ballast yang terdapat didalam kapal selam. 

 okay.. siap! ingat ni aq punya.. penat2 aq buat kauorang jangan nak copy paste eh! walaupun maklumat nye!! Allah Maha Melihat.. ni dah kira baik aq tolong korang sikit.. dan aq tak tahu lah kalau aq buat ni betul 100% tapi dah korang tnye camne aq buat.. so camni la..klau rse cre aq buat salah .. harap maaf..

Okay! Thanks for reading peeps! Once again thanks million mellon :*

Dec 25, 2012

Folio PBS Sejarah Band 6

The Art of PsychoRen and Junk.

Hello peeps, silent readers, stalkers, followers, or whoever you are!!
Okay, hari ni entry aku dalam Malay okay..
Common yang tengok post ni mesti daripada SBPI Selandar kan..
So jeng jeng jeng...

Aku dah malas nak jawab semua pertanyaan korang tentang folio Sejarah
Especially daripada budak Waja n Perdana
Tak kurang jugak budak Satria yang tulang dia berat berkilo kilo
sampai sekarang belum buat folio tu lagi.

Folio PBS Sejarah ada 3 sebenarnya.
Tapi satu lagi tu !!OPTION!!
sama ada kau isikan tempat kosong tentang tempat-tempat 
menarik di Negeri Melaka or buat buku skrp.
Aku kan tak suka menyusahkan diri aku, so aku isikan je lha.
Jawapan dia tak payah tanya sebab aku tak ingat..
Kalau kau nak jugak, pergi sekolah
kau amik fail PBS Sejarah aku atas meja Cikgu Ismail 
*aku tau korang x gila lagi nak buat kerja tu*

So, sebelum aku bagi 2 folio tu.. ni amaran keras!!

1. Ni untuk RUJUKAN je!! Faham x?? RUJUKAN je
2. Kalau aku tahu sesiapa yang tulang dia berat sangat nak mam*** sampai copy aku punya folio BULAT-BULAT, kau tunggu balik sekolah, aku cincang kau lumat-lumat!
3. Ambil maklumat PENTING !!
4. Aku share kan folio ni untuk bagi korang gambaran macam mana nak buat je!
5. Cikgu aku Cikgu Ismail, so die okay je ngan folio aku, kalau cikgu ko cikgu lain.. aku tak tahu la macam mana format die nak..~SATRIA RELAX ok~
6. Kalau kau rasa, folio aku ni, tak menepati cita rasa kau, atau kau takut salah.. tekan button X dekat atas tu..FAHAM!!
7. Kalau SALAH, aku tak bertanggungjawab!

Okay.. ni untuk buat rujukan je! faham.. Ni cara nak download file ni

1. Tekan tajuk tu
2. Nanti korang akan direct ke satu web
3. Masukkan email korang
4. Nanti ada download link dekat email korang
5. Tekan link tu lepastu download

Kalau tak faham.. nampak tak tekat tajuk post aku tuh.. atas sekali
bawah dia, lepas tarikh ada tulis camni kan '0 LETTER (s) '
kau tekan bende tu pastu COMMENT..
dah amik tu rerajin la follow.. ceh ceh..

Tu je.. sebenarnya aku nak upload yang lain..
tapi malas.. biar korang perah otak fikir sendiri.
Assalamualaikum.........