Mar 27, 2014

P/S to my sodiqati

Alívio Imediato | via Tumblr

Assalamualaikum awak,
saya harap awak sihat cuti sekolah ni,
homework awak macam mana siap tak? Jangan leka sangat ye ukhti.
Dah nak masuk bulan 4 dah ni . Kita kan nak kejayaan dekat dunia agar akhirat juga mengejar.
Awak, saya tak tahu kenapa saya pilih awak.
Bila hati saya terusik nak buat permintaan ni dekat salah seorang kawan saya.
Di mata dan hati saya, Allah gambarkan awak.
ye awak sayang.
Ain Nurbatrisyia binti Nordin.
Sungguh indah perancangan dia kan.
Saya harap awak dapat jalankan permintaan saya ni.
Dengan penuh rendah diri, izinkan saya untuk mulakan.

...................................

Tisya, kita dengar, kita nampak , kita rasa kan apa yang berlaku kat sekeliling kita?
Semua kejadian, musibah ni semua kerja Allah
Kenapa dia buat? Sebab dia nak sedarkan kita yang masih leka dan ego untuk bertaubat kepada dia ni agar cepat cepat rendahkan kepala dan bersujud kepadanya.
Tisya, aku bersyukur sangat Allah tunjukkan aku sekolah ini.
Ada tarbiah yang walau tak sesempurna mana pun. tetap boleh menarik diri aku yang alpa ni kepada dia.
Tisya, bila aku renung balik. Fikir balik. Dunia dah nak kiamat dah sayang.
Allah dah turunkan macam2 petunjuk agar kita sedar.
Jadi, kenapa kita masih tak bergerak setapak demi setapak ke arah dia?
Penat sebulan ni aku fikir. 
Yes. Aku nak berubah. Completely and slowly.
And aku perlukan sahabat yang baik untuk tarik aku.
Bersama-sama dengan aku .. pimpin aku Insya Allah kita bersama menuju ke jalan yang diredhai-Nya.

Rancangan aku yang pertama, Tisya aku nak kita tak pernah miss puasa sunat Isnin dan Khamis.
Kalau hari kita ABC tu takpelah. 
ni bantu kesihatan badan kita juga. Insya allah kalau aku dah tak tahan nak buka,
kau bagi semangat dekat aku. tarik aku. 
Ingat ye, tak nak miss ya starting naik cuti ni .

Rancangan kedua, setiap hari kita pergi solat dhuha ye. tak kisahlah selambat mana pun cikgu sebelum rehat tu lepaskan kita rehat, aku tak nak kita miss sekali pun. kita solat dhuha dulu baru rehat ye.

Rancangan ketiga, kau kan tak suka rehat dekat kantin. so aku pun nak ikut. banyak faedah dia kan,
selain dapat jimat duit, jimat masa. dapat turun berat.
setiap hari aku azam nak beli roti pape je yang tak lebih 2.00$ and kalau boleh kurang dari tu.
aku tak nak makan beberat lagi, nanti ngantuk bila belajar.
tapi bila hari kita duty kantin, aku teman lah kau pergi kantin, tapi aku beli kuih 1.00 je.
amanah dan tanggungjawab tu taknaklah tinggal kan. 

Rancangan keempat, kita taknaklah lagi miss solat hajat and taubat setiap malam ye.
kalau hari ahad tu kan ada gotong royong. pukul 11.00 kita dah boleh start.
kalau imam lambat mula kita mulakan dulu.
asalkan kita solat takpelah tak ikut imam, sebab kita ada amanah.
kita kan pengawas kena gerakkan budak gotong royong
tapi Insya Allah kalau sempat, hari ahad tu kita berimamlah ye.

Rancangan kelima dan yang terakhir. Tisya kau orang kedua yang aku maklumkan hasrat aku ni selain Hasanah, aku nak masuk tahfiz.
Aku dah nak start hafal sikit sikit dulu baru nanti temuduga dengan ustazah.
Insya Allah kalau ada khalimah Allah dalam dada, aku harap ia boleh jadi pendorong bagi aku untuk tidak melakukan maksiat lagi. Aku takut tisya, takut dengan dosa aku. takut sesangat.
Insya Allah kalau kita percaya, kita sanjung khalimah Allah .. pelajaran senang masuk.

Kalau kau nampak aku leka, dan nak mula tersasar dari jalan cepat-cepat tarik aku ye. Pimpin aku balik. ingatkan aku balik azam aku ni. InSya Allah aku boleh lakukan.
Aku nak lakukan perubahan ni bukan sahaja sebab tahun ni nak exam. 
sebab aku tahu aku dah besar, aku dah boleh fikir, baik buruk.
aku nak teruskan azam ni sampai form 5 InSyaa Allah.
Kalau dah habis belajar nanti kita fikirkanlah rancangan lain ye.
Aku nak kita sama-sama dekati Allah setapak demi setapak.
Sebab aku tahu, setapak kita jalan mendekati Allah, Allah berlari terhadap kita.

akhirkata, mesti Tisya pelikkan kenapa saya Nurul Sakinah pilih awak.
entahlah tisya, semua ni perancangan Dia.
Mesti tisya fikir, aku kan banyak lagi kawan lain, Khaliqah, iza aizah..
tetapi entahlah hati aku terus tetap untuk memilih kau.
Ain Nurbatrisyia binti Nordin.
Aku harap kau baca bingkisan surat dari aku ni.
maaf skema sangat. takpelah asalkan mengikut skema Allah dan Rasulnya.
Salam Persahabatan. Ana uhibbuki jiddan jiddan . =)

No comments:

Post a Comment

Do not use harsh words please =)