Oct 11, 2013

Ingat Senang Nak Sabar?

Life is too short to leave important things unsaid.
Assalamualaikum.
Setelah sebulan duduk dekat asrama,
Alhamdulillah semalam sudah selamat saya menjejakkan kaki di rumah tercinta
dah nak akhir tahun dah kan, hmmm. 
it just flew like a blink of an eye.
Okay, baca tajuk.

Mempunyai hanya seorang manusia yang mampu bersabar, itu lebih besar nilainya daripada memiliki sepasukan 100 orang manusia yang gopoh dan suka mendengar jeritan hati sendiri, lalu bertindak mengikut kepala sendiri.
     Mungkin orang yang bersabar itu nampak sebagai loser di mata orang lain. Yalah, orang marah atau tengking dia, dia masih tersenyum senang. Orang ajak dia buat nakal sekali-sekala dia tolak dengan penuh ketegasan. Orang merungut kepayahan, dia redah meneruskan langkahnya.
     "Eh kau ni. Takde perasaan ke?"
Namun hakikatnya, seseorang yang membentengkan dirinya daripada nafsu dengan tembok kesabaran yang dibinanya, amat gagah jika hendak dibandingkan dengan seseorang insan yang mempunyai tubuh sasa dan cerdik akal tetapi tidak ada tembok kesabaran yang memisahkan dirinya antara dirinya dan hawa nafsu.

SENGSARA DISEKSA
Jika kita selak lipatan sejarah, kita akan lihat bahawa pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W., Islam berkembang secara berperingkat. Pada masa itu, meskipun terlalu banyak dan dahsyat penentangan yang diterima, Allah S.W.T. tidak membenarkan umat Islam mengangkat senjata untuk melawan. Malah, Allah S.W.T. menyuruh mereka menolak perbuatan buruk orang-orang musyrik itudengan perbuatan yang lebih baik pula. 
     Bagi kaum Muslimin Mekah, mereka hidup sengsara selama 13 tahun. Perintah menahan tangan daripada senjata dan melawan itu benar-benar menguji jiwa dan nurani mereka. Pedih sekali. Namun, apakah mereka merungut? Mungkin ada segelintir. Tetapi, untuk berputus asa sehingga berpaling dari Islam, TIDAK sama sekali. Malah mereka terus-menerus menyuburkan iman dan kesabaaran dalam diri mereka pada waktu itu.

NO PRESSURE, NO DIAMONDS
Kesabaran mereka itu terus-menerus diuji dan ditanamkan sehinggalam terbinanya ratusan sosok mukmin yang teguh, mantap dan perkasa jiwanya. Lalu, pada Jumaat tanggal 17 Ramadhan ditahun ke-2 Hijrah,buat pertama kalinya, umat Islam dibenarkan mengangkat senjata menentang 1 000 anggota musuh yang terdiri daripada kafir - kafir tegar tatkala tercetusnya peperangan Badar yang mana berakhir dengan kemenangan kepada kaum Muslimim. Mereka bertempur dengan tembok kesabaran yang teguh di dalam diri mereka. Setiap hayunan pedang mereka itu adalah untuk Islam,dan tidak sedikit pun kerana nafsu amarah ataukebencian yang tidak bersebab. Bukan juga keranazalim mahupun kejam. 
     Lihatlah betapa hebatnya insan yang dididik dengan kesabaran. Bak kata pepatah Inggeris, "No pressure, no diamonds." Kalau adapun, ia takkan berkilau dan secantik mana, malah mungkin juga tiada nilai mahupun harga. 
     Marilah kita memupuk mutiara sabar di dalam diri setiap individu kita, sebagai buah keimanan. Seseorang individu yang mengaku dirinya ditarbiyah, sepatutnya mambu membangunkan benteng kesabaran yang lebih teguh hari demi hari biarpun apa yang mendantang kepadanya. Ketahuilah bahawa pabila adanya golongan sobirin (sabar) ini, nescaya kemenangan Islam semakin menghapiri kita. Yakinlah!

     "Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang Kafir, kerana orang kafir itu adalah kawan yang tidak mengerti." (al-Anfal: 65)

Assalamualaikum. 
Till then, love you.
jaga diri, jaga iman, jaga amal.