Sep 14, 2013

Cerpen:Kita Kawan kan?

     Tumblr

Cerpen ni saya tulis untuk PBS Ting. 2 band 5 Bahasa Melayu.
Bertemakan persahabatan. Saya akui agak hambar.
But ia sangat bermakna buat saya.


Renungan matahari tajam menerobosi tingkap kamar. Nampak gayanya aku menjadi orang pertama yang tiba di kamar 1 tengah hari ini. Sesi persekolahan berakhir pada jam 3.00 petang. Kebanyakan pelajar menjadikan dewan makan untuk menikmati makan tengah hari sebagai destinasi utama mereka setelah sesi persekolahan tamat. Tidak tahulah kalau makan pada pukul 3:00 petang itu layak dipanggil makan tengah hari. Disebabkan aku masih kenyang setelah menjamu selera di kantin pada rehat pagi tadi, kaki ni malas nak dihayun ke dewan makan yang sesak itu. Tapi, sebenarnya boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja berapa kali dalam sebulan aku menjejakkan kaki di dewan makan untuk menikmati makan tengah hari.
      “Assalamualaikum Ilsa, kita geng lah tak pergi makan!” satu suara ceria menyapa aku daripada belakang lalu duduk bersamaku di katil single kamar itu.
     “Walaikumussalam . Oooh Era. Aah, dah tukar baju dah pun.” Aku menunjukkan tee lengan pendek bersama seluar track yang sudah aku tukar sebentar tadi .
     Wajah era Nampak kepenatan dan kosong. Pelik. Biasa gadis kacukan melayu-arab-irish ini seorang yang tak lekang daripada senyum menghiasi bibir merah bak delima. Naz Shaaheera. Aku dan dia sahajalah pelajar tingkatan 2 yang menginap di kamar 1 ini. Jadi aku rapat juga lah dengan gadis tinggi lampai ini. Kulit kemerahan  dengan rambut perang dia memang memukau. Kalau aku yang sama jantina ini sahaja sudah terpukau, yang lain jantina, tak usah dikatakan la.
      “Ish, mengelamun pulak dia.” Era menarik aku daripada lamunanku.
     “Hahahahah… Sorry, kenapa pulak ni. Nak cerita? I’ll be your listening wall.” Aku menatap mata bundar koko cair itu. Kosong.
     Era kemudian mengangkat punggung daripada katil single itu. Dia meletakkan begnya di katil hujung sebelah atas kamar 1 itu. Setiap kamar di sekolah ini memang diberikan lapan katil dua tingkat dan satu katil single. Kunci locker dikeluarkan daripada poket baju sekolahnya, lalu locker besi itu menampakkan isi di salamnya. Baju tee merah berlengan pendek bersama seluar khakis putih ditarik keluar daripada lipatan pakaian dan disarungkan ke badan.
     Kemudia, kakinya dihayun semula menuju ke katil ku . Naz Shaaheera. Seorang gadis yang suka ketawa. Kadang – kadang  benda yang tak kelakar pun dia anggap kelakar. Tapi bak kata orang, manusia yang suka ketawa atas benda yang tak patut diketawakan ini, seorang yang kesunyian. Era mungkin. Susah nak dengar dia kongsikan masalah. Suka pendam dan nangis berseorangan. Kalau orang yang tidak memerhati memang anggap dia ni selalu sahaja ceria.  Aku selalu sahaja berharap yang Era tak menganggap aku ini kawan diatas nama sahaja. Aku pandang wajah Era di sebelahku. Nampak gayanya, mulut comel itu akan mula meluahkan apa yang terbuku di hati. Haraplah.
     “Hmm.. Ilsa, aku rindu abang aku la. Rindu sangat. Tak tahulah kenapa kebelakangan ni hati aku tak tenteram.” Era memulakan bicara. Suara dia macam pilu sangat. Kami bersama-sama duduk bersimpuh di atas katil yang berlapikkan cadar kuning cair sekolah. Senyap. Haraplah, hari ini aku akan menjadi kawan yang bukan sahaja di atas nama. Kalau pun aku tidak boleh kongsikan masalah kau Era, jadi pendengar setia pun cukuplah.
     HARI sudah pun menjangkau ke malam. Aku membaringkan badanku di atas katil. Dah jam 12:00 malam pun. Setelah satu asrama najmulail dan light off bolehlah mata aku ni melabuhkan tirainya. Aku memandang sekitar kamar. Masih ada lagi yang belum melelapkan mata mereka. Kak Hayatun dan kak Raihana macam biasalah. Pelajar PMR, kenalah belajar . Kerja sekolah tak cukup jari nak dibilang. Pelajar tingkatan lima kamar ni, kak Sheera, kak Asma, kak Ekin KA  dan kak Faree macam biasalah juga. Kalau tak belajar, melepaslah peperiksaan terpenting zaman persekolahan ini.  Aku merenung  luar tingkap. Tiba – tiba pula aku terimbau kembali kisah Era tadi. Sayup – sayup suara dia menyapa telinga ini.

“DULU, maklong sebelah maklong aku belajar di Jepun. Sambung belajar dekat sana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu, dia jatuh cinta pula dengan lelaki yang sama belajar di universiti itu. Nak dijadikan cerita, suatu hari itu, maklong aku kena spiked. Keluarga diorang risau sangat. Jadi, dia dengan lelaki mengikat tali perkahwinan dekat sana time winter break. Kebetulan, keluarga maklong memang nak melawat dia pun. Keluarga lelaki itu atau lebih layak aku gelar paklong , melayu-jepun yang memang dah bermaustatin dekat situ. So, senang lah urusan kahwin diorang.” Era mengambil nafas sebelum meneruskan cerita. Nampak gayanya macam ada satu beban besar yang nak diluahkan.
     Kehadiran kak Adda, kak Dieja dan kak Aiesya pelajar tingkatan empat yang memang sama macam kami tidak pergi makan tengah hari , tidak langsung mengambil tumpuan Era. Walaupun ketiga-tiga kakak yang rapat dengan Era itu duduk bersama meminjamkan telinga, Era bagaikan tidak kisah. Yalah, satu kamar. Semua masalah dikongsikan bersama. Lagi-lagi apabila Era yang memang tak pernah membuka mulut untuk berbicara tentang masalahnya mula membuka hati. Jaid apa lagi, jadilah pendengar setia sahaja.
     “Tapi ayah paklong, tidak suka maklong aku, dia nak perempuan yang berdarjat supaya dapat teruskan perniagaan dia memandangkan paklong sahajalah pewaris dia. Tetapi, paklong tetap teruskan perkahwinan dengan maklong aku. Ayah dia bengang. Selepas maklong aku melahirkan anak dia yang pertama, ayah paklong rancang satu kemalangan supaya maklong terbunuh. Jadi, dia boleh paksa paklong kahwin dengan perempuan yang lebih berdarjat. Tapi  dengan kuasa Allah, rancangan tu memakan diri dia sendiri. Pada hari kemalangan itu dirancang bukan pemandu mereka yang memandu kereta tapi paklong sendiri manakala maklong duduk di belakang untuk menyusukan anak dia. Kereta yang paklong pandu itu hilang kawalan. Paklong mati di tempat kejadian manakala maklong dengan anak dia hanya cedera ringan.
     Maklong mempunya lima orang adik beradik termasuklah mama. Mamalah adik yang paling rapat dengan maklong. So, mama bawa maklong pulang Malaysia. Dah takdir Allah, sewaktu kemalangan tu, maklong aku mengandung tapi Alhamdulillah tak gugur. Tapi, setelah melahirkan anak dia yang kedua, maklong terus pergi mengadap Ilahi meninggalkan anak dia yang keuda-duanya masih memerlukan susu dan kasih saying seorang ibu. Maklong amanatkan kedua-dua anak dia kepada mama dengan abah. Waktu tu aku belum lahir lagi jadi mama buat suntikan hormon.” Mendatar sahaja suara Era bercerita. Tekun juga kami mendengar kisah dia. Tiba, tiba sebelum meneruskan matanya macam bersinar.
     “Beberapa tahun selepas itu, aku pun lahir. Best ada abang. Anak pertama maklong nama dia Echizen Emeriz. Ikut nama keturunan keluarga dia dekat jepun sebab dia lahir dekat sana, Echizen. Anak kedua, Muhammad Haikyle.  Pelik kan tak da nama keturunan. Sebab waktu tu maklong sedih sangat dengan kemalangan tu. Dia taknak anak kedua dia ada kena mengena dengan Negara matahari terbit itu lagi. Selepas aku lahir, adik aku kedua lahir dan selang empat tahun lagi adik aku yang terakhir lahir. Dua-dua lelaki. Haaa… tulah aku ni ganas semacam kan.
     Aku ni dah lah jenis yang suka dalam dunia sendiri. Parents aku selalu sibuk. Pagi pergi kerja, malam baru balik. Adik aku dua – dua orang tu rapat diorang –diorang sahaja. Haikyle pulak jenis yang pendiam. Jadi, abang Riz yang selalu tarik aku keluar dari dunia aku. Bina ‘aku’ yang sekarang.” Tiba-tiba muka yang ceria tadi mendung kembali dan tanpa ku sedari ada mutiara jernih yang mengalir.
     “Tapi…. Bila abang Riz umur 16 tahun, dia kena sambung belajar dekat Etton College. Datuk dia paksa. Nak abang Riz belajar Business. Datuk dia tak tahu lagi kewujudan Haikyle. Abang Riz tak nak Haikyle lalui apa yang dia rasa. Dia nak Haikyle hidup macam orang lain. So, dia pergi untuk kebaikan Haikyle. Abang Riz jarang balik sini. Lagi jarang bila dia teruskan belajar dekat University of Oxford dalam bidang Business Management. Haikyle, mama hantar pergi Private School dekat Bangi. Mama nak guna semua duit yang maklong wasiatkan untuk diorang. Mama gunakan sebaik mungkin. Haikyle pun jarang balik duduk hostel dekat sana. Kalau ada cuti pun dia tinggal dekat rumah maklong sebelah ayah aku dekat Bangi. Kata dia lagi dekat. Setahun tu boleh bilang sebelah jari sahaja bila dia balik. So, bila balik rumah aku sensorang lagi, Adik aku dengan hal diorang. Parents aku kerja. Aku still ceria dekat sana but inside I am lonely. Sangat. Tak da orang nak tarik aku lagi.” Era nangis.
    RABU. Lagi satu jam sebelum aku dapat pulang ke asrama. Alhamdulillah aktiviti kokurikulum pada hari ini dibatalkan. Aku menghadiahkan pandangan aku dengan rakan seisi kelas aku. Nampaknya, semua sudah disapa lena . Hari ni cikgu ada mesyuarat. Selepas rehat tadi, kelas aku kosong tanpa cikgu masuk. Tempat aku bersebelahan dengan laluan koridor. Panas. Dengan uniform kadet polis ni lagi menambahkan bahang yang sedia ada.
     Kisah Era bermain-main lagi dalam minda aku. Dulu aku pun pernah jadi macam Era. Sakit sebab rindukan adik beradik. Aku ada sebelas orang adik beradik dan aku anak bongsu. Disebabkan rindu sangat aku sakit. Asyik nak tidur sahaja. Balik sekolah tidur. Kalau hari minggu tu makan pun kadang-kadang tidak sebab nak tidur sahaja. Adik-beradik aku yang lain semua dah lupa jalan balik lah tu. Haaahahah… Dulu waktu aku sedih, kak Adda dan Era yang jadi listening wall aku. Kak Adda kata aku needs somebody dan dia akan jadi somebody itu untuk aku. Kak Adda memang baik. Disebabkan semangat yang dia salurkan. Aku Alhamdulillah pulih sikit demi sedikit.
     Nampaknya jam sudah menunjukkan waktu balik. Aku mengejutkan Izza Shae rakan sebelah meja aku. Aku memang rapat dengan budak ni. Gila-gila jugak orangnya. Baik, cantik dan pandai.
     “Izza, izza.. bangun jom balik.” Aku mengejutkan Izza perlahan-lahan. Ramai juga rakan kelasku yang sudah terjaga dan mula beransur pulang.
     “Emm.. dah pukul berapa?” muka Izza macam bengang.
    ‘Budak ni dah la bad mood je bila bangun tidur. So, baik aku ready.’ Aku bermonolog sendirian.
     “Pukul 2:30 dah. Jomlah.” Aku menunggu Izza mengemaskan barang dia. Kemudian kami pulang ke asrama bersama Aizzah dan Khaliqah.
     Sebelum tu aku menunaikan solat Zohor dahulu. Izza dan Khaliqah pergi makan tengah hari di dewan makan. Aku dan Aizzah malas nak makan . Aku dah memang malas. Aizzah ni join sahaja. Mungkin kenyang makan nasi di kantin rehat tadi. Selesaikan menunaikan solat, aku terus menuju ke asrama, kamar 1 Modenas manakala Aizzah di kamar 11 bersama Izza. Kaki dihayun menuju ke kamar. Aku meletakkan kasut sekolah di rak. Suara-suara ceria menyapa telinga aku. Hmm..nampaknya dah ramai orang yang balik sebelum aku. Nampaknya, Era dengan perangai ceria dia sedang bercakap dengan kak Adda, kak Ainur, kak Faree dan kak Aiesya. Apalah yang diceritakan aku pun tak tahu.
     “Hai, Ilsa!” macam biasa Era menyapa.
     “Hai!” aku membalas. Beg sandang diletakkan di atas katil. Aku menuju kea rah mereka semua. Mestilah nak join.
     “Cerita apa?” soalan yang pertama setelah aku meletakkan punggung di lantai kamar.
     “Ni ha, Era cerita pasal kisah abang dia dengan perempuan mixed mana entah.” Kak Aiesya yang membalas. Muka dia ceria. Muka dia memang selalu ceria pun, happy go lucky.
     “Aku teringat dulu abang aku ada cerita time kitaorang skype…” Era memulakan cerita tapi kak Faree menyampuk.
   “Tengok nak ulang balik. Hesy kacaulah Ilsa ni!” Aku mula membuat muncung duckface aku.
   “ Tak palah. Lepastu abang Riz cakaplah ada seorang pelajar dekat sana yang suka dekat dia sampai buat benda pelik – pelik. Nama dia, entah la.. tak ingat tapi yang pasti dia tu banyak mixed la. Cantik tapi free hair. Dia sampai hantar video kata bang aku yang kata dia suka dekat abang tau! Memang la perempuan zaman sekarang. Time abang Riz cerita aku gelak gila-gila. Tapia bang Riz cakap perempuan seram. Hahahaha..” ceria Era menuturkan cerita dia. Muka dia memang bersinar macam bulan purnama kalau bercerita tentang abang dia.
     “Ei.. tau tak orang kebelakangan ni selalu bercerita tentang Abang Riz kan. Tahun lepas pernah sekali macam tu tau. Lepas tu benda buruk berlaku.” Tiba – tiba tawa Era berhenti.
     “Apa?” kak Dijah yang baru pulang , tiba-tiba menyampuk. Memang.
     “Time tu, orang telefon mama. Mama kata abang Riz kemalangan. Plane dia terhempas waktu nak mendara t dekat sini. Siap tunjuk bukti lagi dekat surat khabar mana. Orang nangis gila-gila tau! Tapi berapa bulan lepas tu baru orang tau kebenaran dia. Abang Riz yang rancang dengan mama suruh buat benda macam tu. Dia nak putuskan hubungan dengan kitaorang. Bukan apa, dia takut orang terlampau bergantung dengan dia. Dia taknak. Sanggup kan dia buat macam tu. Tapi, orang tau juga.Sebab terbaca email yang dia hantar dekat mama. Pulak ada orang mati hantar email kan. Orang marah dia gila – gila tau. Boleh pulak benda serious dia buat main main.”
     “Kau lah puncanya. Hahahahah..” kak Adda ketawa.
     “Ni kau banyak cerita tentang abang kau ada apa-apa ke? Kang….hahhahaha” kak Aiesya pulak.
     “ Tu lah.. Harap-harap tak da lah.” Era mula menunjukkan riak takut.
     Tiba-tiba mata aku dijamu dengan kehadiran kak Faz. Pelik. Kenapa tiba-tiba kak faz daripada kamar tujuh datang ni. Timbalan Ketua Pengawas datang kamar. Mestilah terpegun kan. Tak payah  nak terpegun sangat lah kan. Berita yang dikhabarkan kak Faz kepada Era benar-benar menyentap tangkai hati aku. Betul ke ni? Era tak percaya. Siap gelak gelak lagi. Akhirnya bila kak Faz menunjukkan muka serius. Dia menangis dan rebah. Satu kamar kalut. Naz Shaaheera rebah.
     WAKTU Prep malam. Aku dengan kak Adda dan kak Faz bersama menjaga Era. Era masih tidur . Penat menangis. Kak Faz terpaksa menunggu sama. Sebab nanti cikgu akan sampai.Era balik malam ni. Private Jet akan mendarat di padang. Best kan. Tapi tempat yang nak dituju dan sebabnya tidak best. Pilu Terimbau lagi kejadian petang tadi.
    KAK Faz melangkah menuju ke Era. Dia menyuruh Era sabar terlebih dahulu.
     “Naz Shaaheera. Sabar. Semua yang berlaku ada hikmahnya.” Kak Faz memegang bahu Era.
     Era terdiam. Kenapa ni?
     “Tadi cikgu call, abang awak Echizen Emeriz dah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Parents awak dah pergi dulu pagi tadi. Malam nanti diorang hantar private jet untuk awak dengan Haikyle pergi sana. Sabar ye.” Dengan sekali lafaz kak Faz menuturkan bicaranya.
Kami semua terpempam dengan berita tadi. Rasanya baru tadi Era cakap dia risau kalau apa-apa yang berlaku  dekat abang Riz sebab dia banyak cakap tentang abang Riz. Era ketawa. Dia tak percaya. Macam tahun lepas benda yang berlaku. Cuma tahun lepas plane crash tahun ni kemalangan jalan raya pulak. Era gelak. Pedih.
     “Kak Faz jangan buat lawak la.” Era ketawa dengan harapan yang selepas ini kak Faz juga akan ketawa. Pelik seorang TKP buat lawak dengan dia tiba-tiba kan. Dah la tak rapat mana pun.Tapi melihatkan riak kak Faz yang masih serius. Mutiara jernih mengalir dari tubir matanya. Hatinya bagai disiat-siat. Pedih. Masin mulut dia. Akhirnya Era pengsan. Terkejut.
     “ASSALAMUALAIKUM.” Salam daripada Haikyle menyedarkan kami semua.
     Muhammad Haikyle. Adik abang Riz. Tingkatan empat.  Aku memberitahu kak Faz dan kak Adda. Kak Adda terpegun. Yelah, selalu dengar Era bercerita. Aku takdalah terkejut sangat sebab pernah tengok rupa dia dalam gambar. Hensem. Macam mana lah rupa Abang Riz kan. Muka dia pilu.
     “Mana locker era?” Haikyle bertanya. Pilu muka dia.
     Aku menunjukkan locker Era. Dia berjalan menuju Era. Aku menatap wajah Era di atas katil Era dah lama sedar, Tapi, dia hanya diam dan tak bergerak dari tadi. Hanya air mata yang tidak berhenti mengalir dari tadi. Haikyle mengeluarkan sikat daripada locker Era. Era dibantu untuk duduk di atas katil. Sepi sahaja di antara mereka. Sebelum itu Haikyle menyuruh kak Adda menggosok tudung bidang berona marah yang sama tona dengan baju yang dipakai Era sekarang. Manakala aku disuruh agar berdiri di locker dan mengambil apa sahaja yang dia minta.
    Hey. Tidak mengapalah. Kali ni aku berkorban untuk Era. Kak Faz hanya berdiri tegak di sebelah katil Era. Haikyle menyisir rambut Era. Tiada kata yang muncul di antara mereka berdua. Lembut tangan dia melakukan kerja. Era pula hanya menghadiahkan pandangan kosong. Kemudian, rambut Era diikat rendah. Muka Era dibersihkan dengan tisu. Krim pelembab disapu perlahan ke seluruh muka Era. Kak Adda yang sudah kembali dengan tudung yang sudah digosok meletakkannya di atas katil kak Ainur yang berdekatan dengan katil Era.
     Kami hanya memandang sepi perbuatan Haikyle. Kemudia bedak disapu pula ke muka Era. Diikuti dengan  tudung. Masih tiada kata yang dituturkan. Sungguh sedih aku melihat keadaan Era pada ketika itu. Disebabkan muka nya yang pucat Haikyle menyapu sedikit pelembap bibir. Tudung dibetulkan. Kemudian mereka sama-sama berdiri. Akhirnya, air mata Era mengalir. Dia memeluk Haikyle. Haikyle hanya berdiri tegak. Bagaikan ada perbualan diantara hati ke hati yang berlaku antara mereka.
    Setelah seketika mereka berkeadaan begitu, Haikyle menolak badan Era. Tangannya menyapu air mata yang mengalir di pipi Era. Lembut.
    “Jom. Private Jet dah mendarat dekat padang. Kan nak jumpa abang. Chill ok.” Akhirnya ayat kedua yang dituturkan oleh haikal selain bertanyakan locker Era tadi. Dia memimpin tangan Era keluar. Stokin Era disarungkan dan sandal Era dipakaikan. Tersentuh aku. Begitu memahami. Kak Faz turut mengikuti mereka.
       Mungkin aku tidak akan pernah memahami perasaan Era. Bagai, sebahagian daripada dirinya telah hilang. Orang yang telah menarik dia daripada dunianya sendiri dahulu kini telah tiada. Orang yang telah membentuk Naz Shaaheera menjadi Era yang sekarang. Ceria, happy go lucky, sporting. Itulah perangai yang telah ditanam oleh seorang Echizen Emeriz ke dalam diri Naz Shaaheera. Adakah mungkin semua itu akan pergi dengan perginya Echizen Emeriz?
     Malam itu Era pergi ke Negara di barat sana bersama Haikyle. Hajat Emeriz agar dia ditanam di sana. Alasannya? Agaklah sendiri. Malam itu selepas maghrib dilakukan bacaan Yaasin. Memang dah tradisi sekolah. Kalau ada ahli keluarga pelajar meninggal dibacakan Yaasin. Sayu aku membacakan Yaasin di sura pada malam itu. Terimbau kembali semua cerita yang diceritakan oleh Era tentang Echizen Emeriz.
     Selama ini dia dapat terus ceria walaupun abangnya berada jauh kerana dia masih berhubung dengan abangnya. Walaupun adik-adiknya dengan dunia mereka sendiri, Ibu bapanya yang sentiasa sibuk. Kini, aku harap Muhammad Haikyle dapat menjadi seorang Echizen Emeriz dengan caranya tersendiri.  Di malam yang sepi ni aku menadah tangah mendoakan kesejahteraan kawan aku Naz Shaaheera. Ilsa Deyana tak mahu menjadi kawan di atas nama sahaja kan. Kawan selamanya ?
     KINI sudah tiga bulan setelah kematian abang Riz. Alhamdulillah juga Era dah kembali seperti sedia kala. Katanya abang Riz tinggalkan surat agar dia tidak bersedih dan teruskan kehidupan seperti sedia kala. Dia dah rasa agaknya. Sebulan jugak untuk Naz Shaaheera kembali kepada Era yang aku kenal. Semua orang usaha untuk tarik dia.
     Ceria sahaja suara Era berbual tentangDVD Twilight yang baru dia veli bersama Haikyle. Kini, Haikyle sudah rajin pulang. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kan?
     “Ilsa, terima kasih sebab sentiasa di sisi aku sewaktu aku memerlukan.” Malam itu Era berbicara dengan aku.
     “ Kita kawan kan.”
     “Hmm..kawan. Sebelum abang Riz pergi dia ada tinggalkan sajak untuk aku. Dia buat sendiri. Nak baca? Selepas aku baca sajak nil ah aku dapat teruskan hidup. Ada mesej untuk aku.”
     “Boleh jugak.” Era mengeluarkan sebuah buku daripada begnya. Helaian demi helaian diselak sehinggalah tiba di muka surat yang dituju.
Seindah Mata Pernah Memandang

Gula kapas di atas berarak di dalam raut wajah ceria
Menyayilah bidadari kecil di ranting payung gergasi
Dari atas sana terlihat nasi beriyani yang mula membesar
di dalam pinggan hijau yang tidak dijamah..
Di waktu bayang mula menghilang
Pancaran kelip-kelip kecil berkelipan menghias mata
Saat mata manusia mula ditutup
Keindahan yang tidak bisa dilukiskan deria ini mula
keluar daripada tempat persembunyiannya…
Siapa sangka di saat penutup mata mula dibuka
Mana-mana anugerah Tuhan yang berdiri di atas gua hijau itu
Pasti dapat mengubati jiwa dan raga yang dihiris
Luaskan jarak mata memandang agar dapat kau
kembalikan kilauan hatimu…

The Answer of My Eyes
The distant and nostalgic scenery
That sweet fragrance of snow
They tie down my broken memories
And search for the road i must take
In this Chaotic Destiny
You may not be able to see the certainty
Right in front of your eyes
The smalll light is so far i can’t see it
If i wish enough in order to see it.. I’ll lose something
But a heart that shatters the deepest darkness
That heart lies right here
This flowing hymn, this warm tear
Spill and try to live as much as they can
These Scarlet Eyes look at the sky
And i walk the road leading to the future
They found…
The words we once vowed
Vividly resurrect
The memories it finally touched upon
Are the proof of the Thorny Path we took
I remembered i accepted
Everything this life gave me
Our held hands won’t disappear
This pitiful prayer, this tiny smile
In order to protect them, i’m led towards
The heart that can even shatter sadness
That heart lies right here
Synchorinized singing voices, tears that know of love
There are many of them in this limited life
The Wings of Flowers continue towards the heavens
Continuing toward the road
Of a Flourished Future
If my final wish is granted
I will send you a single ray of light
There’s nothing to be sad about, nothing to be confued about
I embrace the Answer of my eyes and continues forward

     Memang ada pesanan dalam sajak itu. Pesanan yang hanya  Era boleh memahaminya.

Copyright. Evol Amni.

No comments:

Post a Comment

Do not use harsh words please =)