Dec 30, 2012

Laporan Sains (Prinsip Jirim)

Tumblr_mftjpmtw1n1qcx3oho1_400_large

Hey! Salam=)
Okay today is Sunday
and my friends still asking me the homework
and it's a little irritating somehow..*joking*
okay so to help them here's the really wanted homework
for you guys..

but once again i remember you all..
PLEASE NO COPY CAT!
THIS IS MY WORK OKAY!
USE IT AS REFERENCE ONLY OKAY!
*kalau aq tahu korang copy bulat2 sama ada isi dia ataupun apa apa pun,
jagalah korang naik cuti ni, aq cincang korang lumat2*
 --> SAINS BAB 3- JIRIM (B6D3E1)


JAWAPAN (A):

LAPORAN KONSEP KETUMPATAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN MELALUI KAPAL SELAM

                      Objek yang mempunyai ketumpatan yang rendah akan terapung di atas cecair yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi. Ketumpatan sesuatu objek boleh diubah dengan menggunakan jisim atau isipadunya. Kapal selam boleh terapung atau tenggelam dengan mengubahkan jisim tanpa mengubah isipadunya.

          Ini boleh dilakukan kerana kapal selam mempunyai tangki-tangki balast. Bagi mengelamkan kapal selam, air laut dipam masuk kedalam tangki ballast untuk menambahkan ketumpatan kapal selam. Isipadu kapal selam kekal sama,tetapi air laut yang dipam masuk kedalam tangki-tangki balast akan menambahkan jisimnya.

          Bagi mengapungkan kapal selam ke permukaan, air laut dipam keluar daripada tangki-tangki balast. Objek yang biasanya tenggelam boleh diapungkan dengan mengubahkan isipadunya tanpa mengubahkan jisimnya.

          Misalnya, satu ketulan plastisin boleh diapungkan dengan membentukkannya dupaya menjadi sebuah kapal. Prinsip ini diaplikasikan dalam kapal. Keluli tenggelam didalam air, namun kapal masih terapung walaupun diperbuat daripada keluli dan sangat berat   .     Ini kerana, kapal mempunyai ruang luas yang dipenuhi udara supaya ketumpatan kapal labih rendah daripada ketumpatan air laut.
Laporan disediakan oleh,

(NURUL SAKINAH BINTI MOHD HEREE)

JAWAPAN (B):


Langkah-langkah:
·        Sediakan sebuah botol mineral terbuang.
·        Pastikan tiada apa-apa yang terdapat di dalam botol mineral itu.
·        Buat dua lubang yang sama saiz di badan botol mineral.
·        Lekatkan straw panjang di lubang yang dibuat di badan botol mineral itu menggunakan tanah liat.

Bahan-bahan:
·        Sebuah botol mineral kosong.
·        Dua buah straw panjang yang sama saiz.
·        Tanah liat.

Bagaimana konsep timbul dan tenggelam diaplikasikan pada kapal selam:
Botol mineral kosong menggambarkan kapal selam yang diperbuat daripada keluli tetapi bahagian dalamnya terdapat sebuah ruang kosong yang membolehkannya terapung di air. Beberapa plastesin dimasukkan di dalam botol mineral untuk menenggelamkan model kapal selam menggambarkan air laut yang dipam masuk ke dalam tangki ballast yang terdapat didalam kapal selam. 

 okay.. siap! ingat ni aq punya.. penat2 aq buat kauorang jangan nak copy paste eh! walaupun maklumat nye!! Allah Maha Melihat.. ni dah kira baik aq tolong korang sikit.. dan aq tak tahu lah kalau aq buat ni betul 100% tapi dah korang tnye camne aq buat.. so camni la..klau rse cre aq buat salah .. harap maaf..

Okay! Thanks for reading peeps! Once again thanks million mellon :*